
Wednesday, June 30, 2010
Complete 5..free 1..:-)

Bilakah aku nak insap wehh???


Saya la Garfield yang sangat soke LASAGNA
hahha...jarang Nurul cerita pasal masakan or resipi kat belog ni kan....kalo ada pon label MENU N RESEPI (omg...spell resipi jadi resepi) biasanya org nya masakan....or p mana2 restoran...kutok or pujuk menu diorg.....
budget sendiri punya masakan ni tahap sifu la kan....
hehehe....tapi korang jangan pandang saya takde mata hokay......gile la korang ske merendah2 kan ketereran saya memasak......saya ni (dan dan bahasakan diri saya ok....selebriti....selebriti) jarang masak,tapi skali masak.....mak tak main la goreng telur tabur kicap hokay...hehehehe.....
k...fine...berlagak gile vavas sampai korang rasa nak tampar mentah2 pipi aii kan.....
sapa lg tak puji diri kita kalo bukan diri sendiri ok......aii puas dah dengar org keji aii taww......
so dulu satu ketika dulu....(k ayat bm memang pandai) pernah buat lasagna.....the first and the best la konon.......sedap lak rasanya......tapi mcm mls nak buat skrg ni.....time buat dulu tu Khayra lum pandai meniarap pon lg.....skrg ni.....kalo aku masak,dia harus ada kat dapur dok membongkar aku nye laci kabinet.......
so tetibe mcm teringin nak wat lagi skali......
meh nak refresh balik resipi saya sendiri.......korang leh salin kalu mahu.......copy paste sajork..aku tak wat disable right click...hahhaha......feel free to copy ok......
Nurul guna instant lasagna from San Remo jerkk.....sonang ok.....

sementara ko nak tunggu dia merebus tu.....boleh la sediakan sos merah dia pulak.....remember,lasagna nye component utama ialah lasagna,sos merah and bechamel sos.....
sos merah dia tu tak susah....kalo korang pandai masak sos spageti bolognese tu..makanya korang leh la buat sos merah lasagna tu....sama jer kaedahnya.......cuma,kene buat pekat2 sbb nak sapu atas lasagna kann....bukan nak jadi kan kuah....so ni kaedah saya utk membuat sos spageti...
Bahan2
1) chopped onion (kalo banyak duit,beli bawang Holland....lg sedap)
2) shredded/chopped tomato (ikot banyak mana korang rasa nak pakai...huhu..apa punya resipi daaa)
3) minced meat...(Chef Nurul pemalas suke pakai Ramly segera sajork....)
4) tomato puri...(pakai sket je....kalo tak kang masam sesangat...ke korang suke masam2?kalo suke..tuang je 1 tin tu..heheh)
5) garam
Kaedah memasak
Kalo chef Nurul masak sonang je baaiii.....Chef Nurul campak je dlm mangkuk Vision ku itu (haha....motif nak bgtaw kawen dulu dpt hadiah mangkuk cap Vision tawwww)...
masak sampai pekat................mungkin akan jadi seperti gmbr di bawah...


Ingredients
- 60g butter, chopped
- 1/3 cup plain flour
- 4 1/2 cups milk
- 75g parmesan cheese, finely grated
- 1/4 teaspoon salt
Method
Melt butter in a medium saucepan over medium-high heat until foaming.
Add flour. Cook, stirring, for 1 to 2 minutes or until bubbling.
Remove from heat.
Slowly add milk, whisking constantly, until mixture is smooth.
Return to heat. Cook, stirring with a wooden spoon, for 10 to 12 minutes or until sauce comes to the boil, thickens and coats the back of a wooden spoon.
Remove from heat.
Stir in parmesan and salt.


Tuesday, June 29, 2010
Apo ekau buek kat RTM Seremban haa??
Last wednesday.....(haaa...ni intro yg bagus sbb ada ciri2 engineer yg berkaliberrrr...puuiiii)
k..k...janji tak melalut...lagi sekali ehh...
Last Wednesday........I with 3 of my colleagues....went to RTM Seremban......we were invited to see how the Auditorium should be designed in terms of structural elements.......








gile rasa nak bagi penampar sbb ngada2 nak wt entry tapi mls nak type ayat......
anggap la entry ni dah habesss...tp nak cerita ni....kalo korang p sana....sila bawak spray lebih2 sket....hahah...sbb sana gile punye banyak LALAT...dlm auditorium pon ada lalat...x paham tol aku.....tapi org2 di sana cam lek je..aku lak yg lebih2 cam oh nooo....what the hell these flies doing here.....konon feeling lahir di London....(apakah London takde lalat?) ...org kata kalo kawasan tu banyak lalat....ada org menternak ayam ke hapa ntah....ye kot........
--eh kata dah habes...bebel lak...----

Hukum Meletak Iklan Nuffnang (dan yang seangkatan dengannya)
dipetik dari blog Ustaz Nor Amin dalam entry beliau bertajuk
"Hukum Meletakkan Iklan Nuffnang, Google Adsense, Advertlets & Seumpamanya"
Salam bahagia dan salam seislam kepada semua pengunjung blog ini, Alhamdulillah hari ini Allah telah memberikan saya kekuatan untuk menulis artikel yang berkaitan buat duit dengan iklan perklik atau iklan nuffnang, google adsense, advertlets dan banyak lagi. Tujuan saya menulis artikel ini adalah disebabkan seorang dari pengunjung blog ini bertanya hukum berkaitan iklan-iklan perklik ini.
Sebenarnya, masalah ini dinamakan kontemporari (masalah baru) yang timbul dalam dunia bisnes internet. Ramai orang yang menyertainya kerana bisnes ini sangat mudah untuk menjana pendapatan sampingan, ada orang pernah memperolehi pendapatan dari bisnes ini sehingga ribuan ringgit. Sebelum itu, saya tegaskan bahawa bukan saya menegakkan benda yang haram, tetapi semua kenyataan yang dicatatkan di artikel ini adalah hasil dari kajian saya melalui sumber-sumber yang boleh dijadikan hujah. Perkara yang haram adalah jelas dan perkara yang halal adalah jelas. Bagi sesiapa yang membaca dan mempunyai pendapat yang berbeza, maka lebih baik kita berdiskusi dengan baik dan jangan menggunakan bahasa-bahasa yang kurang baik. Jagalah tingkah laku sebagai seorang Islam yang dikenali dengan akhlak yang mahmudah (baik).
Terlebih dahulu saya berikan maksud iklan perklik ini dahulu untuk memudahkan penulisan atau perbahasan saya dalam artikel ini. Maksud iklan perklik ini adalah seseorang yang memiliki blog atau laman web memohon menyertai ahli di dalam bisnes iklan perklik ini dengan syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh syarikat pengeluar. Iklan yang dipohon dimasukkan ke dalam blog atau laman web dan dibayar pada setiap kali pengunjung mengklik iklan yang disediakan di blog atau laman web peserta. Banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik ini, contoh syarikat iklan perklik ini ialah nuffnang, google adsensa, advertlets, dapat wang, jutawan klik, adbrite dan banyak lagi. Ada syarikat yang menyediakan perkhidmatan secara percuma dan juga yang menyediakan perkhidmatan berbayar mengikut pakej yang disediakan.
Menurut pendapat saya, menyertai iklan perklik ini diharuskan kerana, di sini tidak terdapat penipuan dan penindasan dan ada ikatan perjanjian yang perlu dipatuhi kedua belah pihak. Sumber pendapatan yang dimiliki adalah dari hasil pekerjaan ahli yang meletakkan iklan di dalam blog dan web mereka. Timbul persoalan siapa penjual. Siapa pembeli? Jawapannya ialah penjual ialah syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik dan pembelinya ialah pemblog yang meyertainya untuk memiliki iklan perklik, bukan pengunjung sebagai pembeli, kerana pemblog yang melakukan permohonan dan menandatangani perjanjian dengan syarikat pengeluar.
Bagaimana pula syarikat yang mempunyai iklan yang diharamkan oleh Islam? Jawapannya semasa pemohon mengisi boring jenis iklan yang diingini oleh pemohon, jika pemohon menerima iklan-iklan yang diharamkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan menjadi haram dengan sebab pemohon redho (bersetuju) dengan iklan yang diharamkan Islam. Tetapi pemohon memilih iklan yang dihalalkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan adalah halal dan boleh digunakan untuk keperluan hariannya. Contoh iklan yang diharamkan Islam ialah arak, judi, porno dan seumpamanya. Manakala contoh iklan yang dihalalkan oleh Islam ialah iklan makanan, kesihatan, ubat-ubatan, barang-barang keperluan dan seumpamanya.
Bagaimana jika pihak syarikat membayar ahli dengan duit yang dicampur-campur dengan duit dari sumber yang haram? Jawapannya, Perlu kita fahami bahawa wang atau ‘fiat money' atau duit kertas itu tidak menjadi haram kerana sifat fizikalnya. Ia bukannya seperti najis yang boleh merebak ke bahagian lain apabila bercampur. Menjadi haram cara kita memperolehi duit tersebut bukan duit yang menjadi haram. Contohnya, seseorang itu meletakkan iklan arak atau judi di dalam blog atau webnya, maka inilah yang dinamakan haram kerana cara perolehannya tidak betul. Duit itu tidak menjadi masalah dan boleh digunakan kerana yang bertanggungjawab adalah pihak syarikat dan bukan kehendak pemohon.
Ingatan saya kepada semua, berhati-hatilah dalam bisnes ini kerana ia boleh jadi haram dengan perbuatan pemohon. Menurut pandangan Ustaz Ismail seperti berikut :
“Melalui iklan, blog mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi berhati-hatilah kerana ia mampu mengubah hukum pendapatan itu dari halal yang sepatutnya menjadi syubhah dan mungkin sekali sehingga haram. Pernahkah anda terlihat atau terbaca di mana-mana blog, ayat-ayat yang berbunyi :" Sila bantu saya menjana wang, sila klik pada iklan "
" Klik pada iklan bagi menjana wang untuk blog ini "
" Bantu saya dengan satu klik pada iklan "
Setiap ayat di atas mengajak kita untuk membantu penulis blog bagi menjana pendapatan untuknya melalui iklan. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat perjanjian di antara ejen pengiklan dan penulis blog di mana penulis blog tidak boleh menyuruh, menyebabkan pelawat blog mengklik pada iklan dengan sengaja seperti contoh-contoh di atas. Ia kerana ajakan atau suruhan tersebut menganggu atau lebih spesifik lagi tidak jujur dalam melawat iklan berkenaan. Berbeza dengan naluri atau niat pelawat blog yang tertarik pada iklan tersebut lalu menghadiahkan klik pada iklan dengan tujuan untuk melihat isi iklan berkenaan dan bukan kerana untuk menderma dengan menggunakan duit pengiklan. Justeru itu, ajakan, suruhan yang berbentuk kepada menyebabkan pengunjung mengklik kerana kasihan atau ingin membantu adalah salah sama sekali begitu juga dengan penulis jika mengklik iklan di blog sendiri dengan niat menambah bilangan klik pada iklan tersebut."
Kesimpulan dari perbahasan di atas ini, saya berpendapat bahawa iklan perklik ini diharuskan dengan hujah, bisnes ini memenuhi syarat-syarat muamalah Islam iaitu penjual (pihak syarikat), pembeli (pemohon/pengusaha/pemblog), barang (produk iklan yang dipersetujui) dan akad (akad mafhum/faham-faham). Tetapi perlu diingat jangan sesekali melanggari syarat perjanjian antara pihak syarikat iklan dan pemohon, kerana ia boleh menjadi haram sepertimana telah diperjelaskan di atas.

Monday, June 28, 2010
Orang cerita pasal KEYWORD.....ahkak Nurul pon nak berKEYWORD gak......
Kerana Kulitku begitu berharga.....puuuiiii!!
tapi aku mls nak beli set malam punye.....
Friday, June 25, 2010
Gambar sahaja....boleh kan??









-----soalan cepu mas.........muka Nurul ke muka azmi??????? (bunuh kalo ckp muka Azmi)

Ada masa tak tau nak cerita apa :-(


nak try tgk cik Khayra pakai polka dot apa jdi........jadi bulat kah???
balik je umah......jangan kan nak pegang......tangan dekat dengan baju tu pon x leh.......
so possesive dgn harta sendiri tawwww........
skrg dah kene start beli baju2 dia utk raya....
takmo beli segedebuk mcm tahun lps.....
terduduk ahkak bila tgk bil kredit kad......huhuhuhu......
skrg tgh dok usha dress ZARA from member fb gak......ok la kan....nak msk butik ZARA ahkak rasa org tgk sandal aku pon org tak yakin aku mmpu beli.....hohoohoh......
k....better Nurul publish dulu entry ni.....ciri2 nak ketandusan idea dah mari....sebelum Nurul click SAVE AS DRAFT baik tekan publish cpt2......
------babai lap uols so much--------

Tuesday, June 22, 2010
Jozan lagi
----------kalo korang ada masalah....jgn segan2.....KAM...TU MI.....hokay!------

Memori Blog Friendster
lawak gile weh baca balik n3 kat situ.....
mcm karangan skolah rendah pon ada.....mcm diari org gatal nak kawin pon ada.....mcm surat cinta pon ada.....mcm ruangan Luahan perasaan dlm majalah URTV pon ada.......
gmbr 1 habuk pon tarakk.....tak reti nak masukkan.....ke mmg xleh masuk kan?
layout pon pakai standard je......hehehe......header simple je....ayat pon baik2 je.......jgn skrg.....kot rasa nak melempiaskan amarah.....ada je yg berdesing.....dulu2 mana reti nak marah2 org dlm belog.......nak marah maki2 dlm toilet je.....gile busuk maki org dlm toilet.......
belog frenster tu banyak citer psl life kat UKM la....preparation utk kawen dulu la....sonok gak.....simple je....takde kisah psl trafik la....psl polower ke...pasal duit nuffnang ke...psl keyword ke.....hehhehhee......tidak ku tahu berbelog pon leh ada kawan.....heheheh.....
tp ku takkan delete frenster tu....banyak sgt gmbr2 zaman mudo2 kat situ.....biar je la....mana taw....zaman kegemilangan fs akan dtg balik....sambung je la kann......hehehhe....

2nd Buffered Earning.....








