jaga2.....ada orang follow...............

The Journey

Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Friday, September 30, 2011

Semalam 1st day betul2 berAtkins

oh sebelum tu memula meh aku cite aku makan apa pg ni...
aku siap pantas2 pagi tadi supaya aku ada banyak masa nak thaw semua bahan2 makanan yg nak dimasak.
semalam sbb lambat sgt plan......x sempat langsung nak masukkan chicken slice dlm telur dadar aku.

so pg tadi mmg tertib habis.....chicken slice tu aku dah letak kat peti ais bawah siap2 malam td supaya x keras sgt....
so slice tu blh ditanggalkan dgn mudah....
aku pakai jenama FIGO,exactly mcm dlm gambar kt bawah ni.


so caranya gorengkan chicken slice ni atas non stick pan.....
then bila terbalikkan ke side lg satu,letakkan cheese atas side yg dah masak tu......biar dia melting sikit je.
ketepikan chicken slice tu......then pukul kan telur, tambah sikit tuna flakes..aku pilih yg jenis in olive oil spicy...
jap aku gugel...
dia ada yg light..ada yg spicy...tp aku amik yg spicy la....ada potongan cili dlm tu.....

then goreng telur atas non stick pan.........api slow je.........biar dia masak sebelah je takyah balik2....
bila yg atas tu dah kering skt.....letak balik chicken slice tadi dengan cheese berada dipermukaan bawah....maksudnya nnti cheese berada di antara telur ngan chicken slice tu......
letak je chicken slice,then dgn pantas tutup api....biar cheese tu melt nicely.....slrrrrppppppppp!!

makanya hasilnya sgt sedap!ni betul2 sedap tau....bukannya sedap tangandidadaairmtabercucuran.

ok berbalik cerita semalam.....kan aku cite sebelum ni aku berjaya menyampaikan dakyah2 atkins di kalangan akak2 ofis kan?muhahahhah......jadinya smlm kami 3 org adalah insan2 yg sgt tabah la.......satu dugaan dari nafsu tekak sendiri, satu lg ada plak watak2 tambahan yg kasik seenggggaaattttt semangat kitorang......time tu la request ayaq neskepi lah......makan semekut raya lah...makan kerepek lah....hahhaa ku sebat jugak kang musibat2 ittewwwww.................
okeh pagi settle with flying colors kata org putihs....walopon nak tunggu pukul 1 tu perut aku dah mula merintih....nih sbb aku dah train perot aku kene minum air manis gak before lunch hour dari dulu,tu yg dia menggigil sket menjelang pukul 1 tu.....sampai lunch hour, kitorg serang restoran melayu....aku amik ayam masak kari,sayur campur,sambal udang.

kenyang!
utk 2 jam pertama la........masuk kol 4 perut start merintih balik.....yg susahnya Atkins nih aku rasa bukannya waktu lunch,tapi waktu snack hour....
x banyak pilihan.
aku rasa lunch time kene makan lebih banyak lg la.......maybe kene  makan sup2...supaya perut tu penuh sket.
atau pon tomyam....tapi sup lg best kot.

balik je keje aku serbu terus ayamas kat kota kemuning.
aku makan 3 ketul ayam..muhahhahaha...selalu 1 je tau, sila percaya!
pastu malam,ea pegi jumpa kawan dia kat subang jaya....blk tu dia beli lak burger ramly...
aku pon apa lagi....................ngap 2 kali daging burger tu...hehehhehe....lepas ngap terus tido, sbb takot akan ada lagi ngap ngap dan ngap!!!
oh ada kantoi sket, teguk ayaq milo encit azmi 2 teguk........

haaahhaa gitu lah ceritanya 1st day atkins diet aku.
alkisahnya hari nih dah setengah botol air masak aku telan.semalam berjaya la habiskan 2.5liter......
kat ofis beh kurang 1.5liter.........kat umah sambung lg 1 liter lebih kurang..........
ngeeeeeeeeeeee.................

susah ke????????
mmmmmmmm..................sbnrnya tak susah.................................
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.......................fikiran kene POSITIF!!!!
itu je keywordnya................................

Thursday, September 29, 2011

Wordless Thursday.......cobaaaaaaaaaaaaaaaan!!

------pedulik hapa bkn Wednesday......

nasi arab

tunggu lah nanti yaaaaaaaaaa...
bertabah!

Wednesday, September 28, 2011

Kopipes dari Notes @ Kumpulan Manusia Mahu Kurus Tentang ATKINS DIET


APA ITU DIET ATKINS??

Peringatan: Pregnant ladies dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet!!! Consult doctor anda sebelum mengamalkan diet ini...!

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut.
Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan? semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.
Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.
Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanang kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.
Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan)  2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Induction
ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal...

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

********************************************************


Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun...

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet...

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.


Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)


Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

InsyaAllah, try diet ni selama 2 minggu, anda boleh lihat hasilnya.

Makanan Yang Diharamkan Selama 2 Minggu Induction

1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spagetti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan???

Ingat!

'Uh, actually I did you a favor. Do you know how many carbs there are in porridge?' by Matheis, Shelley

Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahanapi terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda menghadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.


sumber dari: 
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/33-masakan-dan-makanan/7195-atkins-diet-.html

amacam babe???
ada bran kaaa???
gua dah paksa konco2 di ofis join gua...bukan apa....senang sket keje aku kalo akak2 di ofis pon gian beratkins...takde lah asek kantoi je nak makan itu ini di ofis kan....hahhahahha cian depa!!
serius tak serius la kan....ada plak kaum2 adam yg sanggup cabar nak berfree-cloth (x sanggup aku nak sebut perkataan b*g*l wakakakkaka) kalo kitorang2 nih berjaya menyarung kebaya.....
Amagad!!
chaiyok ladies!

Telekong Strawberry Mydin

hari tu time beraya kat umah kakak aku...ada la sepupu si khayra ni sembahyang...kecik lg...baru tadika 6 tahun.
si khayra cukup berkenan ngan telekong sepupu dia tu.....nsb la sepupu nya x kedekut...bagi pinjam,makanya tertonggeng2 la si anak dara encit azmi ni smbhyang Asar......aku tanya kat kakak,kat mana beli telekong ni...ala kat Mydin je la.....

uish......harus pergi nih.
pergi2....harga RM27.90..ok la kot......dari pada nak beli kain,buat apa semua,koser hokay.
memula dah balik bukak2 rasa mcm besar....pastu bila sarung kat si kenit tu.....mmmmmm...something wrong ngan tali ikat kepala dia tu....
so..........menggunakan kemahiran dan kepakaran Opah khayra dalam hal2 alter2 baju....hahaha....ayat xleh blah mcm la aku yg buat....
opah dia pon adjust la sana sini nak kasik cucu nih nampak comel bila pakai.......cooomeellllll ke??????

ada sejadah sekali......

besar kan?tp ni je size yg ada....yg dia pakai sepupu dia punya tu rasanya mcm kecik sikit.

dan pandai melipat nya juga.....ohhhh cepatnya kamu membesar, anak.............

bulan depan khayra 3 tahun....ada ke tidak ntah budget nak buat birthday party dia...huuhuhuhu
harap2 nya adaaaaaaa la sisa2 yg tinggal......
nak pindah ni.....banyak plak pakai duit.....=(

Tuesday, September 27, 2011

Senarai barang nak kene beli / prepare mulaiiii.............

Mulaiiiiiiiiiiiiiiiiii esok kot......wah ada kot2 lagi tu......
mari mencarik benda2 di bawah utk menjadi santapan seharian.....


picture googled





at least for 2 weeks.....

lets see how it works....

apa benda tu yaaa???

heeehee........aku pon x tau nak terangkan sangat...tapi jalan paling mudah.....kome semua type http://www.google.com.my
pastu type ATKINS DIET.......pastu search......
then, do your research yaaaaa......
gua tarak hal lah kalo lu orang nak gelak sampai terbunuh pon!
waahhh gittew.......garang tak,garang tak???

Bukan Open House...saje bergosip2an di bulan Syawal...

mention awal2 ni bkn open house.....saje je ajak geng gelak kuat datang umah makan2.....
hhehhee....nak habaq bagi lg satu, Aisyah sorry eh gambar awak takde sbb awak balik awal, tak sempat nak amik gambar.......
lain kali dtg jgn balik lekas2 tau....
banyak gosip2 haibat mlm tu.....gelak mcm x ingat kat laki.....
 oleh kerana makan2 adalah lepas kerja hari Jumaat tu...so rajin la sgt kalo aku nak masak kan....
order pizza sudeehhhh......
ingat nak order chunky loaded yg baru tu....tapi bila time order on phone,lupa plak...boleh?
hahhaha....haaa nak bgtau je time order pon customer sevice dia dah memeningkan dan menghalalintar kan emosi aku.....tu je....takde la kata kene be perfect pon...but at least....haaaihhh...better left unsaid,kalo tak kang....sentaphatimaknak!
bila dah burrppp kekenyangan baru ingat nak amik gambar....begini lah jadinya...terpaksa edit sbb gambor nya sgt tak senonoh!huhuhu....

ini budak nama dia Izzahirah Raisya....(eh betul ke eja) anak kak izni....senyuman dia kalo p pajak gadai...ada rege daa!punya la mahal....bila sesekali dia terlepas gelak,kita pandang.....dia terus masam balik...huhuu....kalo kita nak mengata dia kan....jgn pandang dia,kalo tak....dia buntangkang bijik mata diaaa....terus takde ampun dah....tak berkelip ko.......

Mommy to be HANNA....belom ready katanya......haaa gasak....

aku malas nak susun gambar....lagi gambar budak pipi dompot......geraaaaaaaaaaaammmm....

tu mama diaaaaaaaaa.......anak sape rambut mcm mak lampir tu????isk isk isk......
best ohhhh gosip2 begini di rumah sendiri....rather than pegi restoran kene gelak sipu2.....hahahha!
sampai lupa ada laki org kat situ...aku gelak sikit punya indah bunyi nya....
oh kawan2....insyaAllah nnti ku jemput ke house warming ku yaa....sikit hari lg la....belom setel pindah lagi.......bulan depan kot...agaknya laaa.....kalo lambat masuk,lambat la buat.....
doakan aku dan keluarga dipermurahkan rezeki yaaaaaaaaaaaaa.....



Thursday, September 22, 2011

Kisah Dongeng ..........ku..



MY HAPPINESS.......**wink**
be in my dream~
=)

Makan kat restoran dah tak ingat apa nama ....

bila ni ek...mmm.....2 minggu lepas kot.
gambar papa takde....papa anti-social..huhuhuh
Khayra mcm dah debab skrg...
dia tak kuat makan...tapi menyusu...subhanallah......bertali arus...
nasi dia so-so..kene lauk ngan tekak dia,bnyk la dia makan..
tapi kalo makanan berunsurkan mee.....mcm mee goreng ke,bihun goreng ke,maggie goreng ke,spagheti ke.......meeeemang dia layan habis!



spagheti alio-olio seafood.....sedaaaaaap...seafood dia fresh....
gambar kalao x berapa cantik.......mcm biasa kasi la efek black-white or sephia....
senang cite!

mcm takde motif kan entry ni???
ntah la....benda kalo bukan cerita panas...kalo dah 2,3 minggu punya cite....aku memang wordless....
so buat2 mcm ada motif sudah......
motip semua entry nak kene ada motif???????

FB in English Pirate Language

pernah try tak English Pirate language kat Facebook?
semalam kan kecoh2 Fb tukar layout..pastu ada solution,tukar language dari English US ke UK....skali hari nih dah tak effective dah cara tu.....dia akan tetap tukar ke fb layout baru....
ok lah no big deal....skrg pon jarang bukak fb..so lantak p lah dia nak tukar cmne...
tapi gatal2 la tadi tukar jadi language lain....mula2 nak try English (Upside Down)...
udoh tulisan semua jadi terbalik....kahkahkah...kretip hokeh si Marc ni...
pastu cam...eh apa eh English Pirate ni....
skali wakakkakkaka.....
funny okeh....
yg lawak tu kalo LIKE jadi Arr!
so bila kita dah LIKE nanti LIKE tu jadi UNLIKE kan??
UNLIKE dlm bahasa english pirate ialah = care not fer such trifles
hahahhah....
tak lawak ke???
lawak laaaa.....




hehehe
udah jadi panjang2 lebar plak translate dia.....
sometimes mcm ala2 hiphoppers bahasa pulak kan....
layaaaannnnnnnnn......

Wednesday, September 21, 2011

WW - asyik2 gambar anak.....

dekat dengan Pavillion...=)


Mengapa terlalu comel....??

alaaa korang jangan menyampah plak baca tajuk entry aku.....
memang la aku perasan anak aku comel...dah ituuuuu je yg aku ada.....
comel pon dia.....comot pon dia.....yg dipelukcium pon dia....yg dirotan pon diaaa...
lalu.....eceh tetibe lalu.
lalu kamu org layan kan saje la yaaaa.....kot ya xleh blah gak..............apa buleh buat.....
masalahnya, ada aku kesah??

semalam menyoping di Mydin.....barang dapur ada yg habis....pastu aku nak carik periuk nasik kecik yg anti karat.....kat umah ada1 tapi yg 1.8liter punya....kalo nak masak 1 pot kecik tu....terlampau dasar sgt.....tinggal lama2 keep warm pon akan jadi keras nasik tu.......kan....kan....eh gigih benor aku nak terangkan semua ni kat korang.....

aku kalo shopping sorang2 bahaya ohh....aku akan jalan dari 1 rak ke 1 rak...walopon takde nak carik apa...
ntah....tebiat....sbb tu kalo shopping ngan encit azmi.....duit aku jimat sgt.....tapiiiiiiiiiiiiiiii....kdg2 ada benda tertinggal...haha sbb terlampau nak cepat...and betul2 ikot list barang.....boring kan???

smlm gatal pegi rak mainan budak.....tak pernah lg aku berjaya tahan beli apa2...paling bodoh pon aku akan beli bola yg rege rm3.90......tak tau apsal....memang aku gila beli mainan budak....but knowing my daughter...dia jenis cepat jemu dgn mainan....tak kira interesting mcm mana pon.....tak kira canggih mcm mana pon...korang ingat tak kat kereta pink dia yg boleh naik bwk p taman tu???tu pon dia dah boring.....nak je aku cakap..."mama dulu x merasa nak......kalo muat, mama pon nak dodok dlm kete tu tauuuuu!"

smlm jumpa troli ni.....terus terbayang kecomelan khayra tolak troli ni...dia kan every week ikot aku beli barang dapur kat econsave/carefour....mmg dia dah arif sgt psl ni..kdg2 baru bersiap2 dia dah ckp "mama nati biyi kicap,bawang....cayo....itan....ayam....nacik....tejen (vitagen)...."....




sweet tengok...hehehe.....
pastu dia berlakon beli ikan....lawak....
tak tau la bape lama dia boleh main benda ni sebelom dia jemu...
tapi x kisah...mainan pon bukan mahal2 aku beli...sebulan pon sekali dua je.....
so boring pon takpe....mama x kisah......
anak ni kecik bukannya lama...dah besor2 besok........dah x pandang dah mainan mcm ni...
time tu sesilap gila gadget.......pitam mak ko nak carik duit......
eh apsal lak mama nak pitam....mcm la mama yg kene kuarkan duit....
theeeeeeeeeeeeeeeeeee.........................


Tuesday, September 20, 2011

Lagi....bermain di ofis papa...

haaaaaaa.............penaaatt....baru balik dari MBSJ settelkan hal2 submission....
well,bukan penat apa....aku td sampai awal kat MBSJ,si arkitek yg janji kol 10 plak lambat sampai sbb jam katanya....
aku plak mengangkut drawing ke OSC counter tu yg sikit punya tinggi....siap terjatuh okeh....
mencik!
pastu abes je kat sana kene p ofis ea plak..amik dia anto p workshop...baru blk ofis...
bunyi mcm x memenatkan kan???tapi penat laaa.....puasa plak tu.....
mmmmmm..............

so mari kita clearkan gambar2 apa yg dah buat sarang dalam MyPictures aku tuh......
ohh ni 2 minggu lepas....ada kenduri kawen kawan papa Khayra...
kenduri tu kat KL so papa dia malas nak amik kitorang dari ofis dia.....so mcm biasa dia hangkut kami 2 beranak ke ofis.....
sabtu kan dia keje....
aku pon sik kisah kalo p sana......walaupon hati tak tenang sbb tak siap lg kemas rumah #TDDMKA.....tapi perintah suami tidak boleh dibangkang ya ariff....wajibun dituruti......lagipon situ kan ada favourite area Khayra........


dari kecik sampai ke besor keje dia menyelongkar mainan2 kat sini.....
hari tu ada 2 budak cina tu kan?sampai2 je situ khayra tanya "mana kakak??" "mana kawan kaya??"
hoho dia ingat lg rupanya.....




oooppsssssss....alamak.....nampak pulak pede (pede=spende)
cowi.....caye tak tajeeeee...... (sori saya tak sengaja)




malas plak  nak buat caption........
eh sbnrnya skrg memang malas la nak menaip....lg nak buat karangan panjang2.....huhuhu,,,,,,,sangat lah tidak!
tapi tgh gian membaca blog orang.....blog yg langsung aku x pernah pergi maksud aku....siap baca dari entry first tu..hahaha.....dah mcm stalker plak.....
tapi tak folo,tak tinggal komen.....mcm aku ckp td la....malas.!
aku simpan as favourite je...senang nak baca takyah type url...malas lah!
eh menjadi2 plak malas nya aku nih......dah lah ...malas nak habiskan cerita......#ehmacamniponboleh

Monday, September 19, 2011

This really enjoy being at work!

Salam and Good Monday All....
sorry peeps lama x update sini.....i must say that, errrr..............blogging is currently my second thought after i had enough things to twit....
ya aku sgt pantas dekat twitter skrg....everything happened surrond me that i opted to share with friends, i just twit. but of course i snapped pictures as well whenever i engaged in any occasion just in case i feel that i want to blog about this.

hahaha...while typing this, somebody at my back really laugh that i seems like back to my track....cilakaks...hahahaha..
ok sambung....
ofis hari ni so sunyi because most of them in their recovery mode after came back from Beijing.
they just arrived this early morning and half of them are arriving tonight. 

last friday was a really enjoyable working day i must say!shhh dont tell my boss ok...hahhahha...
ye la kan....this when the proverbs "kucing tak ada, tikus menari2" applied.
err...ada ke dlm dunia ni org yg betul2 bekerja when no people is around???
nak2 bila the meeting that suppose to be held that day was cancelled???
hip hip hooreeyyyhhh la kan???kamonnn....dont lie....!

ok dude, i'll be right back in few times later....i'll let myself socialized for a while.....
any simple things u wanna ask, do mention my name @nurul_iris_azmi then......chill!

Tuesday, September 13, 2011

Jamuan Raya Ofisku..

haha padahal bukan nak update sgt psl ni...tapi sbb kamera aku dilarikan orang..
terpaksa la aku cilok gambar orang lain.....so takyah korang melopong ternganga kekaguman ala2 aku mampu beli kamera gabak sangkur dileher yaa...
takde maknanya.....aku cilok je gambar dari kamera org2 yg mampu tu....(takleh kata pinjam,satgi aku kene pulang balik gambor tu sume...koser haku)

jamuan ni ekceli jamuan raya + birthday boss (tangan didada mata ke atas) + farewell party officemate..
aku cam biasa tak sedar diri keje banyak pending.....harus over2 bersuka ria....
maklom laaa aku kan nak p Beijing esok....*mata ke atas*......hehhehhee......sedihnya tak ikot.....takpe2...ada rejeki tahun depan aku ikot....haha mcm la tahun depan ada lg company trip.....mcm la boss sudi nak invite aku kan....mcm la aku ada lg kat sini*oopppssss*

nah la layan gambar dulu......

sumpah makan 5 cucuk je...=)

adrenalin pentamak dah mula mengalir dalam sanubari...

fefeeling gadis myspace....tetibe!

wif my sisters.....

motip mcm mak lampir??

nsi bukhara tersedap di kawsan shah alam...

abaikan double chin tu...tu mmg dari sejak dlm kandungan dah ada....maafkan lah dia=)



tangan di dada mata ke atas..=)



puteri Islam....yg sorang tu mcm tak kan?mmg tak pon....huhu

tak paham kan aksi perempuan bergegar tu?okeh tak payah paham...redha kan saje lah dia sebegitu...
sbnrnya haruslah gambar nya sangat banyak....sangat2.....ada plak 2 org kameraman hensem*TDDMKA yg sgt pandai amik angel sampai ada 18SX pon ada..haha so haruslah ditapis2 gitu....gambar aku mcm korek hodung pon ada hahha bongok tau diorg....sbnrnya tengah picit2 hidung gatal makan sambal kacang banyak belacan *sila percaya!

gambar2 tu banyak aksi2 ketawa kan??sbnyrnya hati tgh sedih sbb berat di bulan puasa yg boleh tahan kokesen nya tak dapat dipertahankan hingga ke hari pertama raya....
raya pertama je dah rasa kancing kain tu menjerit2 merintih minta dilepaskan....
jangan harap okeh!!aku buat bodoh gak biar je kancing tu menahan diri dia dari tertanggal.aku x pedulik!aku tetap nak fefeeling size 36 semulajadi tanpa bantuan korset *toiiiingggg!!!!

okeh fine...wahai geng2 PD50H/PDR/KMMK (berapa banyak nama je boleh agak berapa banyak kegagalan yg berlaku)...
mari kita bersatu hati kembali.....mari kita gantung kembali kebaya nikah masing2 di depan pintu bilik sebagai 1 motipbasi ke arah kerampingan yg diidamkan.......yakin lah bahawa kita mampu melucutkan nametag pengawas/presiden/ketua kelas/setiausaha PASRAH sedikit masa lagi....

yang benar,
aku yang tengah mengunyah cheese cake!


*sape2 tak paham kalo aku tulis *tangan di dada mata ke atas tu apa maksud dia...sila lah tengok kat youtube and type Oh Yeah! .....pastu baru korang akan paham....hehehe...
contoh ayat: "saya mana suka makan benda2 berlemak" *tangan di dada,mata ke atas....

LinkWithin